Jumaat, 30 Julai 2010

1 MASJID 1WIFI

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya majlis perasmian WIFI dan Facebook masjid layang-layangan yang disempunakan oleh Ahli Parlimen labuan telah berjaya.Majlis ini bermula selepas solat jumaat tadi(30.07.2010).

Bermula hari ini masjid layang-layangan sudah pun mempunyai WIFI sendiri,menurut setiusaha masjid layang-layangan bahawa Wifi ini dapat digunakan oleh semua pemuda atau remaja dan semua kariah masjid untuk melayari internet

Kegunaan WIFI masjid jamek layang-layangan untuk menarik remaja agar semakin dekat dengan masjid hal ini karana ramai remaja sekarang semakin jauh dari rumah Allah ini kerana ramai remaja menghabiskan masa meraka di cyber cafe.Dengan adanya WIFI masjid remaja dapat melayari internet tanpa membayar satu sen pun.ASHABULJANNAH berharap usaha masjid jamek layang-layangan ini berjaya insyaalah.