Jumaat, 27 Ogos 2010

RAMADHAN BULAN MULIA

Ramadhan bulan yang mulia,ia datang hanya setahun sekali ada antara kita tidak dapat menemui bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini kerana ALLAH telah pun memanggil mereka untuk berjumpa dengannya.

Kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini.Kita seharusnya mengambil kesempatan ini untuk melakukan amal ibadah kerana bulan ramadhan ini ialah bulan rahmat dan taubat.Kepada pembaca ashabuljannah yang belum lagi bertaubat gunakan lah masa ini untuk bertaubat kerana bulan ini amatlah sesuai untuk bertaubat.

Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja lagi Hari Raya Aidilfitri akan di sambut,Ini bermakna bulan ramadhan untuk tahun ini akan habis begitu sahaja jika kita tidak gunakan dengan baik.Ingat wahai kawan-kawan ashabuljannah sesungguhnya kita tidak tahu bilakah ALLAH akan menggambil nyawa kita ini…

JANGAN DI SIA-SIAKAN BULAN YANG MULIA INI

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ahad, 8 Ogos 2010

Jumaat, 6 Ogos 2010

ZIKIR

RAMADHAN

Assalammualaikum kepada semua pembaca ashabuljannah sekalian.kita semua tahu bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia bagi semua umat islam di muka bumi ini...

Dimana di bulan Ramadhan ini terdapatnya malam lailatulqadar dimana malam lailatulqadar akan berlaku di waktu malam yang ganjil...

Di bulan ramadhan bukan sahaja ada malam lailatulqadar malah kita juga mempunyai solat sunat terawih setiap malam dan setiap solat terawih kita juga akan mendapat ganjaran yang telah ALLAH janji kan kepada kita contohnya dimana malam pertama solat terawih dosa-dosa kita akan terhapus bersih.

Bukan itu sahaja dimana setiap amal kita di bulan ramadhan akan berlipat kali ganda...
oleh yang demikian haruslah kita menambahkan amal kita di bulan ramadhan yang bakal menjelang...Antara amal yang boleh kita buat di waktu Ramadhan ialah :

-Bersedekah kepada yang perlu.
-zikir kalau boleh diperpanjangkan.
-sentiasa membantu orang yang kesusahan

Sebenarnya banyak lagi mamal yang boleh kita buat bukan itu sahaja...
Ingatlah wahai pembaca sekalian sebahawanya bulan Ramadhan bulan amal kepada yang telah tersesat dari aqidah yang benar gunakanlah waktu ini untuk bertaubat insyaallah ALLAH akan menerimanya...

ZIKIR

Rabu, 4 Ogos 2010

REMAJA HANYA SEKALI

Kepada kawan-kawan ku kamu semua tahu sebahawanya remaja hanya sekali namun kenapa kamu mempergunakan masa remaja ini dengan benda-benda yang sia-sia.Dengan masa yang kita ada ini seharusnyalah kita mempergunakannya dengan baik jangan kita bazirkan masa dengan benda-benda yang tak berfaedah.

Mengapa kita jadikan pemain bola sebagai idola kita padahal kita sudah pun mempunyai idola yang sanggat kukuh di hati manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Mengapa kita jadikan lagu dunia sebagai hiburan padahal kita dah pun mempunyai Al-quran dan hadis.

Mengapa kita ikut perilaku barat padahal kita dah pun mempunyai sunnah Nabi kenapa tidak kita ikut sahaja cara islam dalam hidup kita ini bukankah senang sahaja untuk diikut???

Mengapa kita bazirkan masa dengan bersms jika sms yang baik tak apalah tapi ini sms pasal gosip dan lain tak bukan sms dengan pasangan tidakkah benda itu membazir sahaja.Lebih baik kita mempergunakan masa kita ini untuk beribadah kepada ALLAH.

Wahai para pembaca sekalian jangan fikir kita akan mati berpuluhan tahun lagi kita tidak tahu bila ajal kita tiba oleh itu marilah kita bermunasabah kan diri kita ini.

Insyallah kita akan mendapat jawapannya.Ingatlah salah satu dari lima perkara sebelum lima perkara iaitu:MUDA sebelum TUA