Rabu, 4 Ogos 2010

REMAJA HANYA SEKALI

Kepada kawan-kawan ku kamu semua tahu sebahawanya remaja hanya sekali namun kenapa kamu mempergunakan masa remaja ini dengan benda-benda yang sia-sia.Dengan masa yang kita ada ini seharusnyalah kita mempergunakannya dengan baik jangan kita bazirkan masa dengan benda-benda yang tak berfaedah.

Mengapa kita jadikan pemain bola sebagai idola kita padahal kita sudah pun mempunyai idola yang sanggat kukuh di hati manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Mengapa kita jadikan lagu dunia sebagai hiburan padahal kita dah pun mempunyai Al-quran dan hadis.

Mengapa kita ikut perilaku barat padahal kita dah pun mempunyai sunnah Nabi kenapa tidak kita ikut sahaja cara islam dalam hidup kita ini bukankah senang sahaja untuk diikut???

Mengapa kita bazirkan masa dengan bersms jika sms yang baik tak apalah tapi ini sms pasal gosip dan lain tak bukan sms dengan pasangan tidakkah benda itu membazir sahaja.Lebih baik kita mempergunakan masa kita ini untuk beribadah kepada ALLAH.

Wahai para pembaca sekalian jangan fikir kita akan mati berpuluhan tahun lagi kita tidak tahu bila ajal kita tiba oleh itu marilah kita bermunasabah kan diri kita ini.

Insyallah kita akan mendapat jawapannya.Ingatlah salah satu dari lima perkara sebelum lima perkara iaitu:MUDA sebelum TUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan