Jumaat, 17 September 2010

Keperluan mendekatkan diri dengan ALLAH

Kita sebagai hambanya seharusnya perlu mendekatkan diri kita kepada tuhan kita iaitu ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu lebih dekat dengan kita daripada urat leher kita sendiri dapat kita bayangkan betapa ALLAH itu amat dekat dengan hamba2nya .

Allah pernah berfirman didalam surah al-hajj yang bermakna:” wahai manusia Bertakwalah kepada tuhanmu kerana sesungguhnya goncanggan hari kiamat itu adalah satu kejadian yang amat besar. Ingatlah pada hari itu wanita2 yang sedang menyusukan anak akan lupa akan anak2nya itu dan wanita yang hamil gugur kandungan nya. Kamu manusia dlm keadaan mabuk tetapi sebenarnya mereka tidak mabuk. Azab Allah itu amat keras.’

Sewaktu wahyu ini diturunkan waktu itu nabi Muhammad dalam suatu perjalanan selepas sahaja menerima wahyu itu nabi terpaaksa menguatkan suaranya untuk memanggil para sahabat.selepas sahaja menyampaikan wahyu itu kepada paraa sahabt nabi bertanya ‘tahukah kamu apakah hari tersebut’. Lalu para sahabat berkata ‘hanya Allah dan rasulnya sahaja tahu’ Nabi berkata ‘ itu adalah hari apabila Allah berkata kepada nabi adam , ‘perintahkan rombongan manusia berangkat ke dalam neraka!’ Nabi Adam bertanya , ‘berapa ramaikah manusia dalam rombongan ke neraka itu ya Allah?’ Allah menjawab ‘dari 1,000 orang,999 orang pergi ke syurga dan seorang sahaja masuk syurga!’

Selepas sahaja mendengar apa yang di kata kan oleh nabi Muhammad tadi para sahabt dan kaum muslimin yang ada di sana juga menanggis. Kemudian Nabi Muhammad berkata, ‘hendaklah kamu mendekatkan diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh . Jumlah 999 org yang masuk neraka itu diambil daripada org2 jahiliyah sehingga cukup . Apabila jumlah mereka tidak cukup maka diambilnya pulak org2 munafik.

Al-hamdulilah

Jumaat, 27 Ogos 2010

RAMADHAN BULAN MULIA

Ramadhan bulan yang mulia,ia datang hanya setahun sekali ada antara kita tidak dapat menemui bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini kerana ALLAH telah pun memanggil mereka untuk berjumpa dengannya.

Kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini.Kita seharusnya mengambil kesempatan ini untuk melakukan amal ibadah kerana bulan ramadhan ini ialah bulan rahmat dan taubat.Kepada pembaca ashabuljannah yang belum lagi bertaubat gunakan lah masa ini untuk bertaubat kerana bulan ini amatlah sesuai untuk bertaubat.

Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja lagi Hari Raya Aidilfitri akan di sambut,Ini bermakna bulan ramadhan untuk tahun ini akan habis begitu sahaja jika kita tidak gunakan dengan baik.Ingat wahai kawan-kawan ashabuljannah sesungguhnya kita tidak tahu bilakah ALLAH akan menggambil nyawa kita ini…

JANGAN DI SIA-SIAKAN BULAN YANG MULIA INI

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ahad, 8 Ogos 2010

Jumaat, 6 Ogos 2010

ZIKIR

RAMADHAN

Assalammualaikum kepada semua pembaca ashabuljannah sekalian.kita semua tahu bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia bagi semua umat islam di muka bumi ini...

Dimana di bulan Ramadhan ini terdapatnya malam lailatulqadar dimana malam lailatulqadar akan berlaku di waktu malam yang ganjil...

Di bulan ramadhan bukan sahaja ada malam lailatulqadar malah kita juga mempunyai solat sunat terawih setiap malam dan setiap solat terawih kita juga akan mendapat ganjaran yang telah ALLAH janji kan kepada kita contohnya dimana malam pertama solat terawih dosa-dosa kita akan terhapus bersih.

Bukan itu sahaja dimana setiap amal kita di bulan ramadhan akan berlipat kali ganda...
oleh yang demikian haruslah kita menambahkan amal kita di bulan ramadhan yang bakal menjelang...Antara amal yang boleh kita buat di waktu Ramadhan ialah :

-Bersedekah kepada yang perlu.
-zikir kalau boleh diperpanjangkan.
-sentiasa membantu orang yang kesusahan

Sebenarnya banyak lagi mamal yang boleh kita buat bukan itu sahaja...
Ingatlah wahai pembaca sekalian sebahawanya bulan Ramadhan bulan amal kepada yang telah tersesat dari aqidah yang benar gunakanlah waktu ini untuk bertaubat insyaallah ALLAH akan menerimanya...

ZIKIR

Rabu, 4 Ogos 2010

REMAJA HANYA SEKALI

Kepada kawan-kawan ku kamu semua tahu sebahawanya remaja hanya sekali namun kenapa kamu mempergunakan masa remaja ini dengan benda-benda yang sia-sia.Dengan masa yang kita ada ini seharusnyalah kita mempergunakannya dengan baik jangan kita bazirkan masa dengan benda-benda yang tak berfaedah.

Mengapa kita jadikan pemain bola sebagai idola kita padahal kita sudah pun mempunyai idola yang sanggat kukuh di hati manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Mengapa kita jadikan lagu dunia sebagai hiburan padahal kita dah pun mempunyai Al-quran dan hadis.

Mengapa kita ikut perilaku barat padahal kita dah pun mempunyai sunnah Nabi kenapa tidak kita ikut sahaja cara islam dalam hidup kita ini bukankah senang sahaja untuk diikut???

Mengapa kita bazirkan masa dengan bersms jika sms yang baik tak apalah tapi ini sms pasal gosip dan lain tak bukan sms dengan pasangan tidakkah benda itu membazir sahaja.Lebih baik kita mempergunakan masa kita ini untuk beribadah kepada ALLAH.

Wahai para pembaca sekalian jangan fikir kita akan mati berpuluhan tahun lagi kita tidak tahu bila ajal kita tiba oleh itu marilah kita bermunasabah kan diri kita ini.

Insyallah kita akan mendapat jawapannya.Ingatlah salah satu dari lima perkara sebelum lima perkara iaitu:MUDA sebelum TUA

Jumaat, 30 Julai 2010

1 MASJID 1WIFI

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya majlis perasmian WIFI dan Facebook masjid layang-layangan yang disempunakan oleh Ahli Parlimen labuan telah berjaya.Majlis ini bermula selepas solat jumaat tadi(30.07.2010).

Bermula hari ini masjid layang-layangan sudah pun mempunyai WIFI sendiri,menurut setiusaha masjid layang-layangan bahawa Wifi ini dapat digunakan oleh semua pemuda atau remaja dan semua kariah masjid untuk melayari internet

Kegunaan WIFI masjid jamek layang-layangan untuk menarik remaja agar semakin dekat dengan masjid hal ini karana ramai remaja sekarang semakin jauh dari rumah Allah ini kerana ramai remaja menghabiskan masa meraka di cyber cafe.Dengan adanya WIFI masjid remaja dapat melayari internet tanpa membayar satu sen pun.ASHABULJANNAH berharap usaha masjid jamek layang-layangan ini berjaya insyaalah.

Khamis, 13 Mei 2010

KATA-KATA MUTIARA

1. Ibadah adalah kebahagian,kesolehan adalah keberhasilan,dan siapa yang terus berzikir,sentiasa beristighafar dan memperbanyakkan doa,maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh.
2.Kenikmatan dunia hanyalah fatamorgana.Penderitaan atau musibah adalah penghapus dosa.Kemarahan adalah api yang menghaguskan.Waktu kosong adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan
3.Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan puas terhadap apa yang ada,ketenangan hati,terjauh dari fitnah atau huru hara,selamat dari bala,bersyukur terhadap nikmat-nya,serta dapat beribadah secara bebas dan ber ke sinambungan.

Selasa, 11 Mei 2010

JAUHKAN MAKSIAT DARI HIDUP KITA INI

Kepada semua pembaca ashabuljannah marilah kita tinggalkan maksiat atau pun jauh kan maksiat itu dari kehidupan kita semua jagan lupa kita sering di hasut leh syaitan yang durjana kepada Allah...

Jangan lupa juga yang semua amal soleh kita akan ditimbang di padang mashyar nanti,jangan mudah terikut-ikut akan cakap syaitan...jika kalau kita melihat maksiat kita cegahlah dengan 3 cara iaitu tangan,mulut dan hati

Jumaat, 7 Mei 2010

KEMATIAN TIDAK KENAL USIA

kepada semua pembaca ashabulmarjan kematian tidak menunggu usia jangan fikir yang kita akan mati di waktu tua,kita sering diigatkan oleh semua orang agar membuat amal di waktu muda kerna takut akan tidur buat selamanya selepas kita tidur di waktu malam.marilah kita membuat amal dari sekarang agar kita dapat membuat amal soleh yang banyak dan hidup kita dirahmati Allah..

Khamis, 29 April 2010

MARILAH MENJADI REMAJA YANG BERIMAN

Kepada semua rakan yang ada di SMK MUTIARA marilah kita bertakwa kepada Allah dan hidup mestilah berhati-hati jangan sampai tersesat menggikut jalan syaitan yang durhaka kepada Allah...

Sudah tiba masanya kita tinggalkan benda yang tidak berfaedah,sesungguhnya kita tidak tahu bila tiba masanya kita menutupkan mata kita ini...

Sungguh rugi kalau kita beramal di umur 40 tahun keatas kerana jika kita beramal dari sekarang kita dapat mengumpulkan pahala amal soleh yang banyak jadi janganlah kita bazirkan masa yang ada marilah kita melakukan amal kebaikan sesungguhnya manusia dalam kerugian