Jumaat, 27 Ogos 2010

RAMADHAN BULAN MULIA

Ramadhan bulan yang mulia,ia datang hanya setahun sekali ada antara kita tidak dapat menemui bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini kerana ALLAH telah pun memanggil mereka untuk berjumpa dengannya.

Kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini.Kita seharusnya mengambil kesempatan ini untuk melakukan amal ibadah kerana bulan ramadhan ini ialah bulan rahmat dan taubat.Kepada pembaca ashabuljannah yang belum lagi bertaubat gunakan lah masa ini untuk bertaubat kerana bulan ini amatlah sesuai untuk bertaubat.

Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja lagi Hari Raya Aidilfitri akan di sambut,Ini bermakna bulan ramadhan untuk tahun ini akan habis begitu sahaja jika kita tidak gunakan dengan baik.Ingat wahai kawan-kawan ashabuljannah sesungguhnya kita tidak tahu bilakah ALLAH akan menggambil nyawa kita ini…

JANGAN DI SIA-SIAKAN BULAN YANG MULIA INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan